1 MUHARAM 1433H

Puji dan syukur dipanjatkan kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan kepada kita ni'mat-Nya.Shalawat dan Salam diaturkan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan juga diaturkan kepada para sahabat dan pengikut-penggikutnya sampai ke hari Kiamat.

Dalam usaha untuk mencapai tujuan yang sempurna dan mulia ini maka telah disusun suatu blog untuk pendidikan dan dakwah

VISI KAMI

"Untuk Melahirkan Generasi Rabbani dan Muslim Berakhlak Mulia "





NIAT


Kuasa fokus hadir, dengan adanya kuasa niat.Daya tahan juga wujud dengan adanya niat. Ketabahan dan kesabaran juga datang kerana adanya niat.
Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


syarahan Ustaz Adnan Omar (kitab Hadith 40 )

No comments: